Monday 1 August 2016

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH DAN MALAM KEBUDAYAAN ISLAM


Sempena dengan sambutan Israk Mikraj 1437H SK TAMAN MAHSURI julung kalinya telah menganjurkan MALAM KEBUDAYAAN ISLAM pada 5 MEI 2016. Acara utama adalah Forum Perdana yang bertempat di Dataran Perhimpunan SK TAMAN MAHSURI. Panel jemputan pada malam itu adalah Penceramah yang seda ng meningkat naik dari Pulau Mutiara , Ustaz Shaffi Yusuf Ghani dan Selebriti Iwan Syahman "Raja Dangdut" manakala Ustaz Mohamad Yusni othman dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulim / Bandar Baharu ( PPDKBB ) bertindak selaku moderator.


Saturday 16 January 2016

DAULAT TUANKU


PROGRAM BACAAN SURAH YASSIN DAN DOA AWAL TAHUN SKTM 2016

               PROGRAM BACAAN SURAH YASSIN DAN DOA AWAL TAHUN












Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,”Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi”.
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali.”

Friday 15 January 2016

Suasana Hari Pertama Perhimpunan Sekolah 3 Januari 2016




SUASANA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DI SK TAMAN MAHSURI

" Wahai anakku, temanilah ulama, ahli ilmu, dekatilah mereka, sebab Allah menghidupkan harti dengan cahaya hikmah, seperti menghidupkan tanah dengan air hujan. Wahai anakku, wajib engkau berilmu, sebab apabila engkau fakir ilmu, maka ilmu itu menjadi hartamu dan apabila engkau kaya, maka ilmu itu menjadi hiasanmu. Wahai anakku, jadilah engkau seorang ahli ilmu, penuntut ilmu, pendengar ilmu, atau sebagai orang yang mau mendekati ilmu"
"LUQMAN HAKIM"

Selamat Kembali Ke sekolah

                                                    "Anakku hidup sekali biar bererti"
Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam
perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain
untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah
disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri
kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan
akhirnya berjaya......Selamat Kembali Ke sekolah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 MASIHI

       Dalam rangka menyambut dan merayakan tahun baru, Warga Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri (SKTM)  mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2016  dan diharap iman serta amal dapat membimbing kita semua dalam memulai awal tahun yang penuh bermakna dan kita akan dipertanggungjawabkan di atas segala tindakan kita di hadapan Tuhan....

SEMAKAN ID FROG VLE

ID YES FROG VLE GURU

    SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018        ARAHAN 1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda - cth 765432021234 2. ...