SEJARAH SEKOLAH





 TAPAK PEMBINAAN SK TMN MAHSURI

 

 TAPAK PEMBINAAN SK TMN MAHSURI


Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri adalah sebuah sekolah rendah awam di kawasan Padang Serai, di dalam Daerah Kulim Negeri Kedah Darul Aman. Rentetan sejarah penubuhan apabila Kerajaan Malaysia memutuskan pembinaan sekolah baru untuk Negeri kedah dalam Program Rancangan Malaysia Ke-10, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan telah meluluskan projek Cadangan membina dan menyiapkan Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri, Mukim Naga Lilit, Daerah Kulim , Kedah Darul Aman , No Kontrak KP/BP/PEM/109/2011, kontrak kerja pembinaan Sk Tmn Mahsuri telah diberi kepada kontraktor ILIASCO CORPORATION SDN BHD, Tarikh serahan dan pembinaan tapak telah dimulakan pada 19 Julai 2011.

PELAN TAPAK PEMBINAAN SK TAMAN MAHSURI


      Kawasan Padang Serai adalah kawasan luar bandar yang pesat membangun dan bersempadanan dengan daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang, Limpahan projek perumahan bagi menampung keperluan pembangunan dalam masa yang sama turut meningkatkan pertambahan jumlah penduduk di kawasan sekitar, Keperluan sebuah sekolah rendah baharu menjadi keutamaan kerana SK TMN RIA dan SK PERMATANG TOK DIK telah mencapai tahap maksima dalam penerimaan pelajar, kedua-dua sekolah ini menjalankan 2 sesi persekolahan pagi & petang.

BLOK MAKMAL ICT & MAKMAL SAINS SEWAKTU PROSES PEMBINAAN


BLOK PENTADBIRAN SEWAKTU PROSES PEMBINAAN


BLOK AKADEMIK SEWAKTU PROSES PEMBINAAN


BANGUNAN PRA SEKOLAH & BILIK KEBAL SEWAKTU PROSES PEMBINAAN


 BANGUNAN KANTIN SEWAKTU PROSES PEMBINAAN

Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri (SKTM) dibina atas keperluan semasa untuk menampung limpahan murid-murid dari SK Taman Ria dan SK Permatang Tok Dik.

       Pembinaan bangunan SKTM di atas tanah seluas 5 ekar bermula pada tahun 2013. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Mahsuri , Padang Serai ,Kedah Darul Aman. SK Taman Mahsuri dibina bersebelahan Pusat Tingkatan Enam Mod 1 SMK Taman Mahsuri.

       Pada peringkat awal sekolah ini dicadangkan untuk dibuka pada awal tahun 2014. Usaha ke arah itu telah dilaksanakan dengan melantik 2 orang "care taker" iaitu, Tuan Haji Nor Adzman Bin Baba , PK Pentadbiran dari SK Merbau Pulas & Encik Mohd Khairul Nizam Bin Mohamad Khairy, PK Petang dari SK Taman Ria. Guru Besar pertama SK Taman Mahsuri ialah Tuan Haji Ahmad Azmi Bin Yahaya dari SK Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

PANDANGAN DARI JALAN UTAMA BLOK PENTADBIRAN DALAM PROSES PEMBINAAN


PANDANGAN DARI PINTU MASUK UTAMA SK TMN MAHSURI DALAM PROSES PEMBINAAN

       Disebabkan beberapa perkara dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakan , SKTM hanya dapat dibuka dan diduduki sepenuhnya pada 1 April 2015. Pada Peringkat awal pembukaan Sk Tmn Mahsuri, murid-murid dari SK Taman Ria, (Tahun 1,2 & 3) dan SK Permatang Tok Dik (Tahun 4) yang tinggal di taman Mahsuri diperuntukan tempat di sekolah ini.

PANDANGAN ATAS KAWASAN SK TMN MAHSURI


       Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan setinggi 3 tingkat,Dewan Terbuka,sebuah makmaL ICT, 2 buah makmal Sains,Sebuah Pusat Sumber dengan kelengkapan Bilik Media yang terkini,sebuah surau, Sebuah Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni,Bilik Muzik dan Bilik kelengkapan Utiliti sukan lengkap dengan bilik persalinan, sebuah kantin, tempat perhimpunan, padang permainan yang berkongsi dengan SMK Taman Mahsuri dan sebuah bangunan Pra Sekolah. Sekolah ini mempunyai 18 kelas dan semasa sekolah ini mula dibuka pada tanggal 1 April 2015 hanya 16 kelas yang beroperasi. Tahun 1 sebanyak 6 kelas, Tahun 2 & 3 masing-masing sebanyak 4 Kelas dan Tahun 4 sebanyak 2 kelas. Pada awal pembukaan semua kelas dinamakan dengan nama imam-imam muktabar iaitu Imam Hanafi , Imam Ahmad , Imam Ghazali , Imam Syafie dan Imam Bukhori.

       Kumpulan pertama guru ialah seramai 40 orang, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu pejabat, 2 orang pembantu pengurusan murid, dua orang PT / FT NBOS dan murid seramai 604 orang melangkah masuk ke sekolah ini dengan rasminya pada 1 April 2015. Data Kelas terkini tahun 2018 SK TMN MAHSURI adalah 30 kelas dari tahun 1 hingga 6 dan 2 buah kelas Pra Sekolah.

      Bermula tahun 2018 SK Taman Mahsuri telah memulakan sesi persekolahan secara 2 sesi kerana pertambahan murid yang mendadak. Selepas persaraan Guru Besar Tuan Haji Ahmad Azmi Bin Yahaya pada awal tahun 2019, SKTM telah menerima  Guru Besar baharu iaitu Tn Hj Nordin bin Ab Hamid sehingga kini.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Sk taman mahsuri ni ada asrama utk pelajar duduki tak?

      Delete
    2. Assalamualaikum. Sk taman mahsuri ni ada asrama utk pelajar duduki tak?

      Delete
  2. Course ape je yg ada kt sini?

    ReplyDelete
  3. Assalam.saya nk serah borang kemasukan ke darja satu pada raya haji ke5..sekolah buka x masa to..

    ReplyDelete

SEMAKAN ID FROG VLE

ID YES FROG VLE GURU

    SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018        ARAHAN 1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda - cth 765432021234 2. ...