Friday 16 February 2018

KEJOHANAN SUKANEKA & ACARA AKHIR PADANG

Pada 14 Februari lalu telah diadakan Kejohanan SUKANEKA dan ACARA AKHIR PADANG SKTM, di bawah adalah rakaman peristiwa







PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG & PELANTIKAN KETUA DARJAH/ PENOLONG KETUA DARJAH

Pada 11 Februari yang lalu telah diadakan Program Guru Penyayang dan Majlis Pelantikan Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas Sesi 2018 .
Majlis yang berlangsung dalam dua sesi pagi dan petang, kelihatan meriah dan berjalan lancar.

Majlis pada sesi pagi disempurnakan oleh Tetamu Jemputan En. Ismail Bin Saad , Pengarah Urusan  ISMAIL SAAD AGENCY,manakala pada sesi petang telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar En Ahmad Azmi Bin Yahaya.

Objektif program:

* Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah;
* Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa
* Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Untuk makluman, antara pengisian yang dirancang dalam Program Guru Penyayang sepanjang tahun 2018, adalah :

* Mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid;
* Mentor mentee
* Penghargaan murid (sambutan hari lahir)

Berikut adalah rakaman gambar sepanjang perjalanan program
Ucapan Alu-Aluan Tn Guru Besar En. Ahmad Azmi Bin Yahaya


 Ucaptama Perasmi Majlis En Ismail Bin Saad, 
Pengarah Urusan ISMAIL SAAD AGENCY
Gimik Perasmian Majlis


 Bacaan Ikrar oleh Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas








Wednesday 14 February 2018

ID YES FROG VLE GURU

 SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018


 

    
ARAHAN
1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda -
cth 765432021234
2. ID YES Tuan / Puan juga adalah E-MAIL dan kata laluan adalah seperti tertera.
3. Tuan/ Puan boleh mengakses Dashboard YES melalui pautan di laman blog SKTM.
    

Tuesday 13 February 2018

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DARI
  15 FEBRUARI HINGGA 20 FEBRUARI 2017.

DENGAN INI PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA.  

HATI-HATI KETIKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.

MURID-MURID KERJA RUMAH YANG DIBERI OLEH GURU JANGAN LUPA SIAPKAN.

SELAMAT BERCUTI.

Saturday 10 February 2018

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG & PELANTIKAN KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS SESI 2018


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 2 SK TMN MAHSURI



Mesyuarat PIBG KALI KE 2 Sk Tmn Masuri berlangsung pada 28 Januari 2018 Januari lalu bertempat di Dewan Budiman, SKTM serta dirasmikan oleh , Ustaz Mohd Khairi Bin Ishak, Pegawai Zakat dari Pejabat Zakat Daerah Kulim.
Seramai 289 orang ibu bapa dan guru hadir pada mesyuarat tersebut. Turut hadir, Penasihat PIBG, Tuan Guru Besar SK TAMAN MAHSURI, En Ahmad Azmi Bin Yahaya..



Seringkali apabila disebut PIBG, ibu bapa lebih cenderung menganggap bahawa barisan jawatan kuasa itulah PIBG. Namun begitu, menurut Tetamu Jemputan,Ustaz Mohd Khairi BIn Ishak, "Dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh 'Kebersamaan' semua ahli PIBG sekolah ini. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara persatuan dan pihak pengurusan sekolah serta komuniti setempat.

"Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada AJKnya sahaja, tetapi bersandarkan sumbangan dan kebersamaan daripada semua ahli aset sebenar 'kebersamaan' persatuan itu," tegasnya lagi.

Mesyuarat itu telah membentangkan segala aktiviti tahun 2017/18.

Akhir Kalam Penutup Bicara...


" Turun ke paya pakai pelikat, 
Di dalam paya berkubang si angsa,
Waris & Guru sama sepakat,
Berjaya murid aman sentosa"

"Beras diadun bunga melati,
Beras segantang sudah disukat,
Bertolak ansur sama hormati,
Kukuh perpaduan ikatan muafakat"



Friday 9 February 2018

MAJLIS PENUTUP/PENANGGUHAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK TMN MAHSURI 2018

Majlis Penutup Program Transisi SK Taman Mahsuri telah berlangsung pada 22 Isnin 22 Januari 2018. Majlis Serba Sederhana telah berjaya diadakan dengan ceria dan bersemangat.
Majlis Penutup Transisi Tahun Satu adalah kemuncak kepada Program Transisi Tahun satu yang telah dijalankan selama 3 minggu bermula dari 1 Januari 2018 hingga 18 Januari 2018. Majlis Dirasmikan dan disempurnakan Oleh Tuan Guru Besar SK Taman Mahsuri, En. Azmi Bin Yahaya.

Program Transisi ini merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun 1 dan membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar.

Semua murid Tahun 1 sudah bersedia untuk mengikuti murid-murid yang lain bagi mengikuti pelajaran yang sebenarnya. Tahniah dan terima kasih kepada semua Ibu Bapa, Pentadbir Sekolah, Penyelaras Tahun 1 & guru-guru Tahun 1 yang begitu komited menyediakan murid-murid Tahun 1 sepanjang tiga minggu ini.


Tayangan Video Program Transisi  Tahun 1

Akhir Kalam Penutup Bicara,

"Bertanam huma di terbit fajar,
Huma di tepi pepohon talang,
Murid tiada jemu wajib belajar,
Agar masa depan gilang gemilang"

 "Dayung kolek ke Alor Tajar,
Hujung muara kita bertamu,
Murid yang baru sedia belajar,
Guru mengajar tiadanya jemu"

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah di Hari Keputeraan Duli Tuanku


DAULAT TUANKU



Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,

D.K., D.K.H., D.U.K., D.K. (Kelantan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.M.K., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., S.P.M.K. (Kelantan)., PSM., DSDK., PAT., BCK.,KPK.
Sultan Negeri Kedah Darul Aman
dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultanah Maliha binti Tengku Ariff,

S.H.M.S., S.S.D.K., D.S.D.K.
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
bersempena dengan

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-76

pada
21 Januari 2018 Bersamaan 04 Jamadilawal 1439H
Semoga Allah SWT Memberkati dan Melanjutkan Usia Tuanku

Sembah Takzim


Daripada 

Rakyat Jelata Warga Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri 

 

Akhir Kalam Penutup Bicara..

"Besar kayu kerana uratnya,

Urat melata jalin menjalin,

Besar Melayu kerana adatnya,

Adat setia kepada pemimpin,"

 

"Pinjam kapak pinjam beliung,

Hendak menebang hawar berduri,

Tuan di atas Kemuncak Payung,

Saya di bawah menjunjung Duli,"


#SKTM KBA 5033 (2018)



Saturday 3 February 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SKTM 2018


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Segala Puji Bagi Allah S.W.T di atas kudrat dan iradatNya dapat kita memulakan Hari Pertama sesi persekolahan tahun 2018, Rencam hari pertama penuh berwarna warni bagi murid SK TMN Mahsuri, Padang Serai, Kedah Darul Aman,
Sesi persekolahan 2018 SKTM buat julung kalinya telah dibahagikan kepada 2 sesi, sesi pagi dan sesi petang.

Sesi Pagi : Tahun 6 , 5 , 4 dan 1.
Sesi Petang :Tahun 2 dan 3.

Hari pertama sesi persekolahan SKTM 2018 penuh warna-warni dengan pelbagai gelagat khususnya murid tahun satu yang pertama kali menjejak kaki di SKTM.
Antara yang meninjau hari pertama persekolahan di SKTM adalah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Puan Fauziah Binti Ahmad, Pegawai SISC+ merangkap Pegawai Perhubungan/ Pemantauan PPD atau lebih mesra dikalangan warga pendidik SKTM sebagai "Ibu Angkat", Puan Fauziah memberi komitmen yang tinggi pada hari pertama untuk kekal berada di sesi pagi dan petang.
Lensa UNIT ICT SKTM sempat merakam pelbagai aksi hari pertama persekolahan pada tanggal 1 Januari 2018 yang lalu.


Akhir Kalam Penutup Bicara...

" Indah sungguh warna pelangi,
Tiada luput di remang senja,
Susah dan payah kita harungi,
Menuntut ilmu jaminan bahagia"

"Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras, isinya kelat,
Janganlah malas tiada untung,
Kelak nanti kita merempat"
 

SEMAKAN ID FROG VLE

ID YES FROG VLE GURU

    SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018        ARAHAN 1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda - cth 765432021234 2. ...