Thursday 14 June 2018

PROGRAM KHATAM AL-QURAN , SAMBUTAN DI AMBANG SYAWAL, PEMBERIAN DUIT RAYA DAN PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN

PROGRAM KHATAM AL-QURAN, MAJLIS SAMBUTAN DI AMBANG SYAWAL ,PEMBERIAN DUIT RAYA DAN PROGRAM SEMARAK KASIH SK TAMAN MAHSURI

  07 Jun 2018, Khamis bersamaan 22 Ramadhan 1439H adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri. Aidilfitri kali ini jatuh dalam cuti pertengahan penggal ke-2.
Tanggal ini juga berlangsungnya Majlis Di Ambang Syawal dan Penutup Program Ihya' Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam Sk Taman Mahsuri.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Program Ihya' Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Hafazan Al-Quran, Hafazan Surah Yasin dan Kuiz Ihya' Ramadhan
Majlis Di Ambang Syawal dimulakan dengan Program Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Farhan Bin Jaafar dan Jemputan Khas Ustaz Mohd Hafiz Bin Azman dari Surau Al Muttaqin Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang.
Setelah selesai majlis Khatam Al-Quran Sesi Tazkirah Bertajuk " Adab-Adab Dalam Menyambut Syawal " telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan Ustaz Mohd Hafiz Bin Azman. Persembahan Nyanyian Nasyid dari kumpulan D'MENSEE Sk Taman Mahsuri yang dipimpin oleh
Cikgu Khairul Nizam Bin Rosli telah meyampaikan 2 buah lagu sebagai penyeri Majlis.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin bersempena "Quran Hour"
Sebelum penutup majlis,Penyampaian Sumbangan Program "SEMARAK KASIH RAMADHAN" oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulim / Bandar Baharu, Ustaz Abdul Mutalib Bin Md Saad. Terima Kasih semuanya.






Akhir sekali majlis semeriahkan dengan Salaman Kemaafan antara semua guru dan murid disamping pemberian Sumbangan Duit Raya semua murid SKTM.
Salam Aidilfitri buat semua Warga SKTM. :)

No comments:

Post a Comment

SEMAKAN ID FROG VLE

ID YES FROG VLE GURU

    SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018        ARAHAN 1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda - cth 765432021234 2. ...