Saturday 19 January 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM 2019

"Perpaduan dan keharmonian ini adalah tanda kemegahan sebenar Negara Malaysia "
SK TMN MAHSURI mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu yang meraikannya.

MERAFAK SEMBAH TAKZIM SEMPENA HARI KEPUTERAAAN SULTAN KEDAH 2019

 DIRGAHAYU TUANKU MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN KEDAH 2019

 

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-77.

Sebagai rakyat Kami menadah tangan berdoa agar semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan maghrifah Allah S.W.T.
Dirgahayu Tuanku!!Daulat Tuanku!

Monday 14 January 2019

PROGRAM PERJUMPAAN WARIS/TEMU SUA WARIS/TEMU BINCANG WARIS TAHUN 6 (CALON UPSR 2019) KALI PERTAMA

     PROGRAM PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 / TEMU SUA WARIS TAHUN 6 

(CALON UPSR 2019)





          Kejayaan pendidikan para murid merupakan kayu ukur kepada kejayaannya di masa hadapan.  Justeru itu, program perjumpaan dengan waris/Program Temu Bincang/Program  untuk berbincang tentang permasalahan murid perlu diadakan dari masa kesemasa. Perbincangan awal di antara para ibu bapa dengan guru mungkin dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih proaktif lagi.



        Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program- program bagi menghadapi peperiksaan yang telah dirangka untuk sepanjang tahun. Ibu bapa juga diharap lebih fokus dan dapat memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh ibu bapa murid tahun 6 berbanding tahun terdahulu. Di harapkan pencapaian UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun terdahulu.
Berikut adalah rangkuman lensa program tersebut.





Wednesday 2 January 2019

MESYUARAT KALI PERTAMA PANITIA TERAS SK TAMAN MAHSURI SESI PERSEKOLAHAN 2019























HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2019, SELASA 1 JANUARI 2019

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Segala Puji Bagi Allah S.W.T di atas kudrat dan iradatNya dapat kita memulakan Hari Pertama sesi persekolahan tahun 2018, Rencam hari pertama penuh berwarna warni bagi murid SEKOLAH KEBANGSAAN  TAMAN MAHSURI, Padang Serai, Kedah Darul Aman,
Sesi persekolahan 2019 SKTM buat kali kedua telah dibahagikan kepada 2 sesi, sesi pagi dan sesi petang.

Sesi Pagi : Tahun 6 , 5 , 4 dan 1.
Sesi Petang :Tahun 2 dan 3.Hari pertama sesi persekolahan SKTM 2018 penuh warna-warni dengan pelbagai gelagat khususnya murid tahun satu yang pertama kali menjejak kaki di SKTM.




Antara yang meninjau hari pertama persekolahan di SKTM adalah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu,Puan Nurul Wazna Bt Mohamad Zuki ,  Pegawai FASILINUS, & Pegawai Perhubungan Sekolah Dari Balai Polis Padang Serai
Lensa UNIT ICT SKTM sempat merakam pelbagai aksi hari pertama persekolahan pada tanggal 1 Januari 2018 yang lalu.







Akhir Kalam Penutup Bicara...

" Indah sungguh warna pelangi,
Tiada luput di remang senja,
Susah dan payah kita harungi,
Menuntut ilmu jaminan bahagia"

"Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras, isinya kelat,
Janganlah malas tiada untung,
Kelak nanti kita merempat"

Tuesday 1 January 2019

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019

WARGA SK TMN MAHSURI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

SEMAKAN ID FROG VLE

ID YES FROG VLE GURU

    SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018        ARAHAN 1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda - cth 765432021234 2. ...