SK TAMAN MAHSURI, 09400 PADANG SERAI KEDAH TEL/FAX : 04-4853510 KOD SEKOLAH :KBA5033
Sunday, 24 February 2019
Monday, 21 January 2019
Saturday, 19 January 2019
SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM 2019
"Perpaduan dan keharmonian ini adalah tanda kemegahan sebenar Negara Malaysia "
SK TMN MAHSURI mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada
penganut Hindu yang meraikannya.
MERAFAK SEMBAH TAKZIM SEMPENA HARI KEPUTERAAAN SULTAN KEDAH 2019
DIRGAHAYU TUANKU MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH
SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN KEDAH 2019
Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni
Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan
Ke-77.
Sebagai rakyat Kami menadah tangan berdoa agar semoga
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultanah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa
berada dalam rahmat dan maghrifah Allah S.W.T.
Dirgahayu Tuanku!!Daulat Tuanku!
Monday, 14 January 2019
PROGRAM PERJUMPAAN WARIS/TEMU SUA WARIS/TEMU BINCANG WARIS TAHUN 6 (CALON UPSR 2019) KALI PERTAMA
PROGRAM PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 / TEMU SUA WARIS TAHUN 6
(CALON UPSR 2019)
Kejayaan pendidikan para murid merupakan kayu ukur kepada kejayaannya di masa hadapan. Justeru itu, program perjumpaan dengan waris/Program Temu Bincang/Program untuk berbincang tentang permasalahan murid perlu diadakan dari masa kesemasa. Perbincangan awal di antara para ibu bapa dengan guru mungkin dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih proaktif lagi.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program- program bagi menghadapi peperiksaan yang telah dirangka untuk sepanjang tahun. Ibu bapa juga diharap lebih fokus dan dapat memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh ibu bapa murid tahun 6 berbanding tahun terdahulu. Di harapkan pencapaian UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun terdahulu.
Berikut adalah rangkuman lensa program tersebut.
Sunday, 13 January 2019
Friday, 4 January 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEMAKAN ID FROG VLE
ID YES FROG VLE GURU
SENARAI SEMAKAN ID YES GURU 2018 ARAHAN 1. Taip No Kad Pengenalan Tuan/ Puan tanpa tanda - cth 765432021234 2. ...

















































